Assalamualaikum.
(entry panjang)
Wehuw, lama sungguh blog xde apa2 update. Sesungguhnya perasaan dah kerja itu buat sy malas nak usik blog. Kasik rehat jap. Plus, xde apa2 pun nak story2 kat blog.
Ni pun nak off topic preparation. Sbb tgh mood suam2 kuku kan. Ala2 malasss gitu. Tapi topik yang satu ni memang xboleh nak tinggal. Sebab, memang kompem ramai yg share minat yang satu ni...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
MAKAN!!
(muehehehehehe!)
Saya beruntung, family saya suka makan2, kawan2 baik saya suka makan2, my partner pun suka makan2.. We share happiness while eating. (oh kecuali kalau makan ngn adik2, bergaduh manjang. hehe). Siapa2 yang stay kat Seremban and KL (especially), jom share port2 makan yang best jugak okay~ Well, this is my version + review ala kadar.
(mood nak makan menggunung sebab ada event makan2 ngn my girlfriendsss and mmg tgh lapar pun. kikiki)
1) HR Steak House, Kg Baru
Siap gugle sbb nk bawak gf2 g dinner kat sini. Series murah. Chicken chop price range dr RM6.50 above mcm tu je. Fruit juice gelas besar RM2.50-3.00. Sekali makan mmg x sampai RM 10 utk western meal yg superb macam ni. Berbaloi kan?
As for the contra, kena dtg sgt sgt sgt awl kalau nak parking n tmpt duduk. Kami smpai ngam2 8pm kena menapak jauh sbb xde parking.
Location - Sebelah Masjid Kg Baru yg baru tuh, depan tu ada Hospital Pakar Al-Islam.
ps : pergi makan 2 org ngn partner pun, RM15 je. For big-eater like us, simply worth it!
2) Wahab Cendol
Location - Taman Sri Rampai,Wangsa Maju. Opposite NSK Wangsa Maju n sebaris dgn OldTown.
One of our fav hangouts jugak ni. Nak order kena tick sendiri kat paper, mcm borang menu kat oltown tuh. Mi goreng mamak sedappp! Mi rebus sedapp! Rojak sedapp~. Tp servis sedikittt slow sbb org selalu je ramai tp staff limited. Tp bulan lepas g, tgk staff dh ramai n makin laju.
3) Ni satu dadah kami. Nasi Pecel Ayam Wong Jowo, Batu 6, Gombak. Superb.
Nasik membukit, menggunung, selambak, sambal stim gila, ayam direbus before digoreng, sup sedap, kicap pekat manis lagik
Oh oh, b4 ni sy mmg x suka kicap. dan surprisingly, kicap kat sini buat sy berenti bernafas kejap. BFF sy, Lailiyah, jrg2 mkn nasik habis, tp kedai ni punya nasik mmg tinggal pinggan ngn tulang ayam je dia bedal.
Kalau si Laili (jgn pelik sbb ramai kwn sy bernama LAILI) jgn cerita la, pinggan pun kdg2 serpih sbb dia kekah. haha ok bai laili, sila pangkah page ni skrg.
Location - Batu 6 Gombak. Ikut jalan nak ke Medan Idaman. (Jln blkg dr UIA ke OTK)
RM10 boleh makan 2x kat sini. Murah. Cuma nak order kena by bersabar. hihi.
ps:: mr. partner obsesssss dgn nasik di sini. kalau dia dtg KL, wajib ke sini bg dia knyang n happy mood baru buleh bjalan2 ikut kepala sy..
4)Nasi Kukus Ayam Dara Wafie
Dia berniaga kat lori je. tepi tempat beli tiket bas kat Greenwood tuh. Servis tip top pantas cekap mesra dan tepat. Ada sekali tu je, tapau nasik utk mr.partner, xdpt kuah. Merajuk. Memujuk. Mengada. Aku kah yg silap?
Location - Greenwood. Betul2 tepi simpang nak masuk dlm perumahan2 blkg tmpt tunggu bas ke pantai timur itu.
5) Asam Pedas Mak Usu
Location - Sri Gombak. Masuk kat simpang Taman Sri Gombak tu, terusssssssss je. Kedai dia tepi kedai dobi purple. Landmark lain x ingat sebab fokus dgn perut sahaja.
*1st time makan kat sini, Lat bawak. Siap dating berdua lg. 2nd time, mkn bertiga. 3rd time, mkn berempat. Stoned!*
6) Nasik Lemak Pulau Cinta
Location - Masih di Taman Sri Rampai. Belakang Wahab Cendol yang di review di atas itu. Gerai2 je. Tepi gerai dia ada gerai Char Kuetiau n Mee Udang.
Yang ni special.. Murah, sedap, byk pilihan, sedap, chillex, sedap dan sedap.. Tokey pun mcm rock star gitu. Cuma dinasihatkan utk melambatkan suapan pertama sbb air dia lambat sikit. Eh dia juga ada pekerja berwajah jambu auww anak ikan mak!
7) Gerai nasi campur, Jalan Gurney Kiri.
Location - Jalan Gurney Kiri, Lorong nak masuk Multimedia College (my beloved college!), opposite Jabatan Ukur dan Pemetaan, UTM KL dan blkg Menara Celcom.
Ada few gerai(s), semua ade specialities masing2. Kalau nak tau, kena pegi 3-4 hari berturut2. Rasa makan kat setiap satu gerai yang ada. Murah. Cuma, time bulan puasa kan, ramai la kan, anggota beruniform kan.. kul 10-3 petang kan.. makan2 kan.. takkan tapau kul 10 pagi nk makan lepas maghrib kan?? takkan tapau teh o ais kul 2 ptg nk simpan smpai waktu berbuka kan?? jeng jeng..
8) But most of all, tempat yang kami suka pergi walaupun xde duit tapi poyo2 tgh kaya..
Pergi hari rabu, pink day. Kawan2 saya semestinya x payah risau sebab saya sudah pinky2. Henpon, purse, kasut.. pink belaka. 50% off. Tapi, sebulan sekali je la perginya. Time tu student lagi. Dpt loan g beli eskrim mahal. Ko mampu? Skrg dh taubat sepenuhnya.
Kalau nak diikut nafsu makan memakan ni, byk lagi laaa tmpt2 yg sy boleh letak. Tp cukup la takat ni dulu. Dh pjg sgt rasa menaip ni. Ni perkongsian bdasarkan pengalaman semata2. Dari kami yang suka makan2. Sebab makan2 buat kami dekat dgn satu sama lain wlpn kdg2 makan x pernah angkat muka. Tundukkk je tgk pinggan tuh.
Eh, sapa2 ada nak share port2 makan yang best, share tau!! hee.
| Ni laaa pasukan MAKAN2 saya.. Lailiyah, yours truly, Laily, Lat |
| Ni laa partner MAKAN2 saya. Encik partner, Ikhwan. Ats meja tu pun ade mknn. Sigh |
![]() |
| Ni makanan sy. Masa dia belum buleh jalan, sy kunyah2 pipi bulat dia~ |















